Enzim Sampah Dapur DIY

     

 

KAEDAH BUAT SENDIRI:

BEKAS: Bekas plastik yang kedap udara.

RAMUAN: Air, sisa buah buahan dan sayur sayuran, gula (gula perang, molasses atau gula kasar)

Langkah 1 10 Bahagian Air

(isi sehingga 60% Penuh)

Langkah 2 1 Bahagian Gula

(= 10% kandungan air)

Langkah 3 3 Bahagian Sisa Buangan Dapur

(isi hingga 80% penuh)

Langkah 4 Tutup Rapat

Peram hingga 3 bulan

(Buka penutup setiap hari untuk bulan pertama bagi membebaskan gas)

 

 

 

 

Ramuan

Kadar

Contoh 1

Contoh 2

Contoh 3

GULA

1

1kg

2kg

0.5kg

SAYURAN / SISA BUAH BUAHAN

3

3kg

6kg

1.5kg

AIR

10

10 liter

20 liter

5 liter

 

Begini caranya:

 

1 Gunakan bekas plastik kedap udara.

 

2 Larutkan gula di dalam air seterusnya masukkan sisa sayuran dan sisa buah-buahan.

 

3 Simpan sedikit ruang di dalam bekas plastik untuk proses pemeraman.

 

4 Tutup serapat yang boleh.

 

5 Pada bulan pertama gas tindakbalas proses pemeraman akan terhasil.

 

6 Bebaskan tekanan yang terbentuk di dalam bekas plastik untuk mengelakkannya dari pecah.

 

7 Sekali sekala tekan sisa buangan yang timbul ke dasar bekas plastik.

8 Simpan bekas plastik di dalam tempat yang sejuk, kering dan ada pengudaraan sempurna.

 

9 Elakkan sinaran matahari terus dan biarkan ia terperam selama 3 bulan sebelum boleh digunakan.

 

Ambil perhatian:

 

1. Jangan menggunakan bekas kaca atau logam yang tidak boleh mengembang.

 

2. Sisa buangan untuk membuat enzim tidak termasuk kertas, plastik, logam atau bahan kaca.

 

3. Elakkan penggunaan sisa makanan yang berminyak seperti sisa ikan atau daging (boleh dijadikan bahan kompos). Cara untuk menghasilkan enzim yang berbau segar adalah dengan menambah oren, kulit limau, daun pandan dll.

 

4. Warna yang bertepatan untuk Enzim Sisa Buangan adalah perang gelap. Sekiranya ia berubah menjadi hitam, tambahkan kandungan gula seperti asal dan mulakan proses pemeraman sekali lagi.

 

5. Biarkan lapisan putih, hitam atau perang yang terbentuk di atas enzim. Sekiranya ada lalat dan berengga di dalam bekas itu, biarkan sahaja kerana proses kimia enzim akan menyelesaikannya secara semulajadi. Tutup tudung bekas plastik itu serapat yang boleh.

 

6. Gunakan sepenuhnya mendapan yang terbentuk di dalam enzim;

 

o Untuk penghasilan seterusnya Enzim Sisa Buangan dengan mencampur sisa buangan baru.

 

o Sebagai baja dengan mengeringkan mendapan itu, mencampurkannya dan menanam di dalam tanah.

 

 

o Hancurkan mendapan, tuang di dalam mangkuk tandas, campurkan sedikit gula perang dam pamkan untuk membantu menyucikan sisa kumbahan.

 

o Seandainya anda tidak mempunyai sisa buangan yang mencukupi, bolehlah bekas plastik itu diisi secara beransur. Tempoh pemeraman selama 3 bulan bermula apabila anda telah memasukan sisa buangan yang terakhir ke dalam bekas plastik.

 

 

o Enzim Sisa Buangan bertindak paling sempurna selepas 6 bulan diperam. Semakin lama diperam semakin baik dan Enzim Sisa Buangan tidak ada tarikh lupus. Jangan simpan di dalam peti sejuk.

 

o Bantulah melindungi lapisan ozon kita. Sekiranya setiap rumah menggunakan kaedah menghasilkan enzim dari sisa buangan dapur, ia akan mengurangkan pencemaran alam yang berpunca dari sisa dapur, di samping menghasilkan cukup ozon untuk mengurangkan pemanasan global. Anda berupaya membantu memperbaiki iklim!

 

 

 



Hari Pertama

Bulan Pertama

Bulan Kedua

Bulan Ketiga


1. Selepas Pemerapan selama 3 bulan, enzim sedia diekstra dan dibotolkan.

 

2. Tapis

 

3. Dibotolkan

4. Sisanya boleh dikeringkan dan menjadi baja.

Share
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. Both comments and pings are currently closed.
8 Responses
  1. didik says:

    Mohon bantuan bagaimana cara menggunaknya untuk tanaman, untuk membuat bokhasi ataupun untuk makanan ternak. Berapa dosisnya enzim tersebut, bagaimana efek bila terus digunakan tanpa dicampur dengan air, terima kasih atas bantuanya.

  2. admin2 says:

    1 bahagian enzim campur 1000 air (1:1000) untuk tanaman (siram setiap minggu).
    Enzim mesti dicampur dengai air, ia tidak boleh diguna tanpa dicampur air, tanaman akan mati.

  3. Saya suka blog Anda, tema Anda adalah indah, bagaimana Anda merancang tema Anda?

  4. admin2 says:

    ya, sayuran atau buahan yang mulai busuk, buahan yang diserang ulat atau penyakit boleh digunakan untuk buat enzyme.

    selain dari buah dan sayur, sisa makanan seprti nasi pun boleh digunakan untuk buat enzyme.
    Tetapi adalah dinasihat mengasingkan enzim sayuran, buah-buahan dengan enzim sisa makanan.
    Ini adalah sebab, sisa makanan mungkin mengandungi minyak dan enzim sisa makanan hanya dinasihat diguna untuk petanian sahaji, ia tidak
    dinasihat diguna untuk memcucian.

  5. Cubes says:

    Hi, saya sudah siap perap enzim utuk 3 bln, dan saya ada beberapa soalan:
    1. saya ingin tanya adakah saya cuma perlu menyodok keluar saja enzim dari bekas perap atau saya perlu menggunakan tuip? Agak keliru sebab ada yang beritau bahawa tidak boleh kacau atau goncang bahan perap semasa menggeluarkan enzim adakah ini benar?
    2. Adakah enzim yg sudah dibotolkan akan semakin masam?
     

  6. admin2 says:

    Jawapan 1 : selepas 3 bulan enzim boleh ditapis dan dibotolkan. Kamu boleh guna tuip untuk mengeluarkan enzim. Dengan guna cara in kamu boleh dapat enzim yang jernih.

    Kawan kamu yang menasihat kamu jangan kacau atau goncang bahan perap semasa menggeluarkan enzim, ini adalah disebabkan enzim akan jadi keruh.

    Jawapan 2 : enzim tidak akan jadi semakin masam selepas dibotol.

  7. Cubes says:

    Maksudnya cara kita mengeluarkan enzim tidak akan memberi kesan kepada enzim yang dihasilkan ya.  Saya boleh terus cedok enzim dari bekas perapan dan terus tapis mengunakan kain tapis seperti yang ditunjuk seperti di gambar atas ya. 
    Enzim yang sudah saya botolkan menjadi semakin masam, adakah ini bermasalah?
    Satu lagi soalan, saya ada perapan yang tidak terjadi.  Selepas pemerapan selama 3 bln bahan perapan telah berbau busuk tidak seperti enzim ( ada masam seperti bau oren) adakah bahan perapan itu boleh diselamatkan dgn menambah gula? Atau saya terpaksa buangnya? Kalau dapat diselamatkan dengan menambah gula, berapa banyak gula yang saya perlu kan? Sama seperti yang saya guna semasa pemerapan? Bahan 3 kg, Air 10kg & Gula 1kg.

  8. We cannot actually locate many such details on the blog and I simply find this inside your site. I could notice in which you just make up the details in the write-up and this just make myself think on I should get along with just what you state.