enzyme_A4_eng_1

 

 

 

Eco Enzim DIY

 

Ramuan

Kadar

Contoh 1

Contoh 2

Contoh 3

GULA

1

1kg

2kg

0.5kg

SAYURAN / SISA BUAH BUAHAN

3

3kg

6kg

1.5kg

AIR

10

10 liter

20 liter

5 liter

KAEDAH BUAT SENDIRI:

BEKAS:          Bekas plastik yang kedap udara.

RAMUAN:   Air, sisa buah buahan dan sayur sayuran, gula (gula perang, molasses atau gula kasar)

 

 Begini caranya:

 

  • Gunakan bekas plastik kedap udara.

  • Larutkan gula di dalam air seterusnya masukkan sisa sayuran dan sisa buah-buahan

  • Simpan sedikit ruang di dalam bekas plastik untuk proses pemeraman

  • Tutup serapat yang boleh.

  • Pada bulan pertama gas tindakbalas proses pemeraman akan terhasil.

        Bebaskan tekanan yang terbentuk di dalam bekas plastik untuk mengelakkannya dari pecah.

  • Sekali sekala tekan sisa buangan yang timbul ke dasar bekas plastik.

  • Simpan bekas plastik di dalam tempat yang sejuk, kering dan ada pengudaraan sempurna.

        Elakkan sinaran matahari terus dan biarkan ia terperam selama 3 bulan sebelum boleh digunakan.

 

Ambil perhatian:

 

  • Jangan menggunakan bekas kaca atau logam yang tidak boleh mengembang.

  • Sisa buangan untuk membuat enzim tidak termasuk kertas, plastik, logam atau bahan kaca.

  • Elakkan penggunaan sisa makanan yang berminyak seperti sisa ikan atau daging (boleh dijadikan bahan kompos). Cara untuk menghasilkan enzim yang berbau segar adalah dengan menambah oren, kulit limau, daun pandan dll.

  • Warna yang bertepatan untuk Enzim Sisa Buangan adalah perang gelap. Sekiranya ia berubah menjadi hitam, tambahkan kandungan gula seperti asal dan mulakan proses pemeraman sekali lagi.

  • Biarkan lapisan putih, hitam atau perang yang terbentuk di atas enzim. Sekiranya ada lalat dan berengga di dalam bekas itu, biarkan sahaja kerana proses kimia enzim akan menyelesaikannya secara semulajadi. Tutup tudung bekas plastik itu serapat yang boleh.

  • Gunakan sepenuhnya mendapan yang terbentuk di dalam enzim;

    • Untuk penghasilan seterusnya Enzim Sisa Buangan dengan mencampur sisa buangan baru.

    • Sebagai baja dengan mengeringkan mendapan itu, mencampurkannya dan menanam di dalam tanah.

    • Hancurkan mendapan, tuang di dalam mangkuk tandas, campurkan sedikit gula perang dam pamkan untuk membantu menyucikan sisa kumbahan.

    • Seandainya anda tidak mempunyai sisa buangan yang mencukupi, bolehlah bekas plastik itu diisi secara beransur. Tempoh pemeraman selama 3 bulan bermula apabila anda telah memasukan sisa buangan yang terakhir ke dalam bekas plastik.

    • Enzim Sisa Buangan bertindak paling sempurna selepas 6 bulan diperam. Semakin lama diperam semakin baik dan Enzim Sisa Buangan tidak ada tarikh lupus. Jangan simpan di dalam peti sejuk.

    • Bantulah melindungi lapisan ozon kita. Sekiranya setiap rumah menggunakan kaedah menghasilkan enzim dari sisa buangan dapur, ia akan mengurangkan pencemaran alam yang berpunca dari sisa dapur, di samping menghasilkan cukup ozon untuk mengurangkan pemanasan global. Anda berupaya membantu memperbaiki iklim!

 酵素DIY 4 step M

 环保酵素做好第一天 Malay

 

酿制好的酵素可泼开中间抽取酵素水 Malay

 

Laman Utama : 

Laman Sebelumnya :  Apakah Eco Enzim?

Halaman seterusnya : Kegunaan Eco Enzim